"melanc0ng? gila ke.mahal la!"
"hah? melancong? nak jugak. tapi, xde cuti :'( "
"oh.laa.melancong tu sume org pn boleh ke? ingat bile sme2 parents jea.."
"i tak boleh melancong la..pasport pun i xde,"
Salam 3bees!! Maaflah.lama rasanya x update kedai ni. ok2. tanpa membuang masa, hari ini, kita rest dulu dari promotion2 holiday yang indah2. nak curi your time sikit untuk merungkaikan misteri MITOS MELANCONG. Ada segelintir daripada kita yang berpandangan serong terhadap aktiviti melancong ni. Hakikatnya, semua anggapan-anggapan sinis serta negatif tersebut adalah mitos semata-mata.
1. melancong = COSTLY
ini sangatlah tidak benar.
BUKTI 1: pernah tengok DESTINASI BAJET? Dengan hanya RM 300, dapat melancong ke 1 destinasi. Paling kurang pn, 3D2N. Dalam 1 destinasi tu, bukan 1 tempat je boleh dilawati. berMACAM-MACAM tempat. Contohnya, tempat BERSEJARAH, PANTAI INDAH PASIR MEMUTIH, kawasan MISTIK, PANAROMA memukau mata, udara NYAMAN serta lebih bertuah jika berpeluang mendekati BUDAYA lain. Lebih-lebih lagi di Malaysia yang rakyatnya berbilang kaum. Tugas anda? Pilih saja pakej-pakej yang murah dan berbaloi!
BUKTI 2: transportation? jalan penyelesaiannya? pertama, untuk yang nak naik flight, AIR ASIA ada. now, everyone can fly. rancang je percutian, bila ada tiket murah, cepat-cepatlah grab.(*tips xtra:lagi murah kalau 3bees beli tiket sendiri via on9.percayalah)
kedua, untuk yang sukakan adventure. nak drive. bolehh. biasanya golongan yang ini ialah yang bercuti bersama rakan-rakan.oh.lagi mudah.berkongsilah kereta, secara automatik, pebelanjaan pengangkutan(minyak,service,etc.) akan di 't0ng-t0ng'. bila dah share, jadilah murah dan tidak membebankan. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing!
2. melancong = MAKAN MASA
ye ke?hmm...tidak juga.
BUKTI: siapa kata melancong perlu bermalam? kalau anda seorang yang sibuk sampai tiada cuti panjang, apa kata ambil pendekatan DAY TOUR? melancong cara ini, lebih jimat masa. hanya sehari(hujung minggu pun boleh). Ajaklah rakan-rakan yang sama sibuk, book apa-apa sahaja day tour package yang ada. kalau tidak mahu terlalu penat, ambil destinasi yang berhampiran anda. settle!
3. melancong = FAMILY SAHAJA
mitos yang ini biasanya di kalangan remaja,muda-mudi. Mana ada..
BUKTI: Kepada students uni, anda dah besar. Jangan risau. InsyaAllah parents izinkan bercuti dengan rakan-rakan. Masa sekarang ni lah anda ada peluang nak bercuti dengan rakan. BEST. Bila dah kerja nanti, barulah ada MEMORI INDAH bersama besties. Apa yang penting, 3bees menjaga diri dengan baik sepanjang percutian. Tapi, bukti ini rasanya kurang kukuh untuk pelajar sekolah! SABARlah. Masa untuk anda akan tiba.
4. melancong = PASPORT
mitos ini memang SAH MITOS
BUKTI: Asal melancong je, oversea. Ish, sape cakap? no no no. Aktiviti melawat, ziarah, kunjung tempat-tempat menarik di dalam negara pun dipanggil MELANCONG juga. Maka, tidak perlukan pasport. Mudahkan? Anda juga boleh berjimat selain meningkatkan ekonomi negara. 'Bercutilah di Malaysia. Semuanya ada di sini!'
Renung-renungkan dan selamat MELANCONG!!
regards,
n0in za